1
00:00:07,257 --> 00:00:08,133
Bergerak!

2
00:00:49,591 --> 00:00:53,219
PERKHEMAHAN OLAF
LALUAN KE VINGULMÖRK

3
00:01:11,321 --> 00:01:12,155
Di mana dia?

4
00:01:13,531 --> 00:01:15,658
Hei!

5
00:01:16,284 --> 00:01:20,914
Di mana Olaf?

6
00:01:21,498 --> 00:01:22,332
Ditangkap!

7
00:01:23,541 --> 00:01:25,293
Ditangkap oleh Forkbeard!

8
00:02:31,734 --> 00:02:34,070
BERDASARKAN SIRI VIKINGS
CIPTAAN MICHAEL HIRST

9
00:03:07,145 --> 00:03:08,396
Busur beta kena dulu.

10
00:03:09,856 --> 00:03:10,857
Kamu akan masak.

11
00:03:13,568 --> 00:03:15,028
Tidak begitu cepat.

12
00:03:18,823 --> 00:03:20,491
Busur patik mengena jantung.

13
00:03:21,826 --> 00:03:24,579
Bukan saja masak,
tuanku juga perlu mengangkatnya.

14
00:03:26,247 --> 00:03:30,668
HÅLOGALAND, NORWAY
322 KILOMETER DARI UTARA KATTEGAT

15
00:03:59,572 --> 00:04:01,199
Biar patik tukar balutan itu.

16
00:04:04,702 --> 00:04:06,120
Rasanya dah sembuh.

17
00:04:06,663 --> 00:04:08,456
Biar patik menilainya.

18
00:04:22,595 --> 00:04:23,805
Biar patik lihat.

19
00:04:30,353 --> 00:04:31,479
Luka dah sembuh.

20
00:04:32,522 --> 00:04:33,856
Jangkitan dah hilang.

21
00:04:34,482 --> 00:04:35,692
Beta dah cakap.

22
00:04:36,693 --> 00:04:38,111
Tapi belum pulih sepenuhnya.

23
00:04:41,406 --> 00:04:45,410
Tapi cukup… untuk beta ke Kattegat.

24
00:04:52,500 --> 00:04:53,710
Tuanku balutlah.

25
00:04:55,628 --> 00:04:56,462
Freydis.

26
00:04:58,214 --> 00:04:59,674
Beta tak boleh terus di sini.

27
00:05:01,467 --> 00:05:04,304
Beta nak berjumpa Forkbeard
dan tuntut hak beta.

28
00:05:05,930 --> 00:05:09,600
Tuanku fikir
baginda akan berikan tuanku Norway?

29
00:05:11,894 --> 00:05:13,354
Canute dah bersumpah.

30
00:05:13,438 --> 00:05:15,356
Ya, tapi ayahnya tidak.

31
00:05:16,149 --> 00:05:19,652
Forkbeard tak bawa askar ke Kattegat
untuk lindungi hak tuanku.

32
00:05:19,736 --> 00:05:21,738
Baginda akan faham setelah beta jelaskan.

33
00:05:21,821 --> 00:05:23,239
Dia mencari Olaf!

34
00:05:23,865 --> 00:05:25,950
Kenapa tuanku fikir
baginda tak cari tuanku?

35
00:05:28,119 --> 00:05:31,539
Lagipun, kita tak tahu
keadaan Kattegat sekarang

36
00:05:31,622 --> 00:05:32,790
atau siapa masih hidup.

37
00:05:32,874 --> 00:05:34,751
Satu lagi sebab untuk kembali.

38
00:05:36,544 --> 00:05:38,212
Beta tak takut akan Forkbeard.

39
00:05:38,755 --> 00:05:40,173
Mungkin tuanku patut.

40
00:05:50,933 --> 00:05:52,393
Apa yang kamu akan buat?

41
00:05:54,020 --> 00:05:55,646
Tinggal di hutan ini?

42
00:05:56,898 --> 00:05:57,774
Ya.

43
00:05:59,317 --> 00:06:00,568
Atau tempat baharu.

44
00:06:02,320 --> 00:06:05,740
Apa salahnya membesarkan anak
di tempat aman tanpa perang?

45
00:06:05,823 --> 00:06:08,910
Anak-anak beta ditakdirkan
menjadi pemimpin Norway,

46
00:06:08,993 --> 00:06:10,953
dan bukan bersembunyi di hutan!

47
00:06:11,037 --> 00:06:12,163
Anak-anak tuanku?

48
00:06:17,710 --> 00:06:18,920
Anak-anak kita.

49
00:06:22,924 --> 00:06:24,300
Jika kita dirahmati.

50
00:06:27,387 --> 00:06:28,346
Freydis…

51
00:06:30,181 --> 00:06:32,141
beta perlu kembali.

52
00:06:32,225 --> 00:06:33,434
Kamu pun tahu.

53
00:06:35,645 --> 00:06:37,438
Beta juga nak kamu ikut beta.

54
00:06:59,502 --> 00:07:02,588
Saya tahu ia risiko
untuk kembali, tapi saya perlu.

55
00:07:03,673 --> 00:07:05,383
Olaf perlu bertanggungjawab.

56
00:07:11,681 --> 00:07:13,599
Ayuh. Tolonglah.

57
00:07:14,809 --> 00:07:15,893
Kita perlu teruskan.

58
00:07:48,426 --> 00:07:49,260
Bonda!

59
00:07:53,097 --> 00:07:56,267
Selamat datang ke Kattegat! Hebat, bukan?

60
00:07:57,894 --> 00:07:58,728
Menakjubkan.

61
00:08:24,420 --> 00:08:28,674
- Kematian terlalu baik untuk awak.
- Ayuh, tuanku. Pergi!

62
00:08:28,758 --> 00:08:29,884
Itulah awak!

63
00:08:41,521 --> 00:08:43,022
Selamat pagi, tuanku.

64
00:08:43,105 --> 00:08:45,816
Kapal tiba pagi tadi
dengan berita dari Denmark.

65
00:08:46,984 --> 00:08:50,947
Raja Canute hantar berita. Mereka menang
dua peperangan menentang Wends.

66
00:08:51,030 --> 00:08:54,700
- Ada berita kepulangannya ke England?
- Belum lagi, tuanku.

67
00:08:54,784 --> 00:08:58,037
Baginda juga bimbang
akan keselamatan tuanku.

68
00:09:02,375 --> 00:09:05,711
Beta akan tulis surat kepadanya
untuk beritahu keadaan beta

69
00:09:05,795 --> 00:09:07,964
dan hantar bersama awak.

70
00:09:13,928 --> 00:09:16,347
Suami beta tak patut bimbang akan beta

71
00:09:16,430 --> 00:09:18,140
jika bukan kerana awak.

72
00:09:18,224 --> 00:09:21,185
Patik beritahu baginda
sebab tugas patik menjaga tuanku

73
00:09:21,269 --> 00:09:23,563
dan London semasa ketiadaan baginda.

74
00:09:25,231 --> 00:09:28,067
Patik dengar berita di rumah awam.

75
00:09:28,150 --> 00:09:31,445
Beta tak peduli perkara
yang awak dah dengar.

76
00:09:32,905 --> 00:09:34,490
Keselamatan kita bagus.

77
00:09:35,741 --> 00:09:38,578
Pengawal tak akan benarkan ancaman masuk,

78
00:09:38,661 --> 00:09:41,122
dan beta akan yakinkan Canute
dalam surat itu.

79
00:09:50,715 --> 00:09:51,924
<i>Kenapa awak nak pergi?</i>

80
00:09:52,008 --> 00:09:54,844
Ratu tak akan mencari saya
untuk sejam lagi.

81
00:09:56,345 --> 00:09:58,681
Sehingga saya mendapat restu Canute,

82
00:09:59,682 --> 00:10:02,518
kita mesti rahsiakan
hubungan kita daripada ratu.

83
00:10:02,602 --> 00:10:05,104
Jika baginda tahu,
baginda akan halau awak.

84
00:10:06,439 --> 00:10:07,565
Saya tak sanggup.

85
00:10:10,026 --> 00:10:12,194
Awak risau akan keselamatan ratu?

86
00:10:13,404 --> 00:10:14,864
Saya risau keselamatan kita.

87
00:10:15,906 --> 00:10:18,284
Raja di Denmark, Forkbeard di Kattegat.

88
00:10:19,160 --> 00:10:21,787
- Ancaman di mana-mana.
- Tapi dari rumah awam.

89
00:10:22,872 --> 00:10:24,373
Ia tak boleh dipercayai.

90
00:10:26,626 --> 00:10:28,210
Saya percaya akan semua ancaman.

91
00:10:32,798 --> 00:10:35,593
Apabila awak kehilangan
semuanya seperti saya,

92
00:10:36,802 --> 00:10:39,096
awak akan sentiasa bersedia

93
00:10:39,180 --> 00:10:40,848
supaya ia tak berlaku lagi.

94
00:10:41,849 --> 00:10:43,601
Awak perlu faham itu tentang saya.

95
00:10:43,684 --> 00:10:45,061
Inilah diri saya.

96
00:10:49,940 --> 00:10:52,234
Tak ada ruang untuk kebahagiaan di sana.

97
00:10:53,694 --> 00:10:55,821
- Apa impian awak?
- Impian?

98
00:10:56,989 --> 00:10:59,492
Ya. Harapan awak.

99
00:11:00,493 --> 00:11:01,869
Ketika awak tutup mata,

100
00:11:02,662 --> 00:11:05,373
di mana kita 20 tahun dari sekarang?

101
00:11:10,878 --> 00:11:12,088
Ada anak yang ramai.

102
00:11:14,048 --> 00:11:16,342
Mereka ada kasih sayang awak yang suci.

103
00:11:17,343 --> 00:11:19,637
Mereka membesar tanpa ketakutan saya.

104
00:11:20,846 --> 00:11:23,057
Kemudian mereka akan ke seluruh negara,

105
00:11:23,140 --> 00:11:25,810
dengan kerajaan mereka untuk dikembangkan.

106
00:11:28,145 --> 00:11:29,271
Kecuali anak sulung.

107
00:11:32,024 --> 00:11:33,067
Dia istimewa.

108
00:11:33,693 --> 00:11:38,072
Pahlawan hebat, berpelajaran dan bijak.

109
00:11:40,408 --> 00:11:41,409
Suatu hari nanti…

110
00:11:45,788 --> 00:11:46,622
dia menjadi raja.

111
00:11:49,333 --> 00:11:51,127
- Raja England?
- Ya.

112
00:11:51,752 --> 00:11:54,880
Kita tak ada darah diraja.

113
00:11:56,841 --> 00:12:00,010
Walaupun kita berdarah diraja,

114
00:12:00,970 --> 00:12:03,055
dua anak ratu dengan Æthelred

115
00:12:03,139 --> 00:12:05,349
dan anak-anak Canute

116
00:12:07,059 --> 00:12:08,811
menjadikan impian itu mustahil.

117
00:12:09,979 --> 00:12:11,564
Awak tanya impian saya.

118
00:12:14,191 --> 00:12:15,818
Bilakah impian itu mustahil?

119
00:12:37,381 --> 00:12:38,299
Apa awak lihat?

120
00:12:41,218 --> 00:12:42,052
Saya…

121
00:12:43,846 --> 00:12:45,306
Saya sangka serigala,

122
00:12:47,016 --> 00:12:48,601
tapi saya tersilap.

123
00:12:48,684 --> 00:12:49,935
Yakah?

124
00:12:50,895 --> 00:12:55,232
Hanya kerana serigala itu tiada di sini,
tak bermakna awak tak nampak.

125
00:12:56,150 --> 00:12:57,777
Awak rasa terancam?

126
00:12:59,069 --> 00:13:00,196
Tidak, cuma…

127
00:13:02,323 --> 00:13:04,658
terkejut, terperanjat.

128
00:13:04,742 --> 00:13:05,618
Bagus.

129
00:13:06,452 --> 00:13:07,787
Ingat itu.

130
00:13:07,870 --> 00:13:10,748
Kenapa? Apa maksudnya?

131
00:13:12,208 --> 00:13:16,420
Tanda yang awak ingin cari
ada di mana-mana, Freydis,

132
00:13:16,504 --> 00:13:19,757
hanya jika awak percaya
perkara yang awak lihat dan rasa.

133
00:13:21,008 --> 00:13:25,137
Saya bosan dengan teka-teki masa depan.

134
00:13:25,221 --> 00:13:26,639
Awak tak beri saya jawapan.

135
00:13:26,722 --> 00:13:29,225
Ini tempat yang aman,

136
00:13:29,308 --> 00:13:33,187
tapi tangisan yang awak cuba
untuk lupakan belum hilang

137
00:13:33,270 --> 00:13:35,564
hanya kerana awak tak dengar.

138
00:14:02,591 --> 00:14:03,801
Kamu tak apa-apa?

139
00:14:09,223 --> 00:14:10,432
Apa yang kamu buat?

140
00:14:16,772 --> 00:14:18,357
Kita akan ke Kattegat.

141
00:14:49,638 --> 00:14:51,473
Tempat duduk awak bagus.

142
00:14:58,522 --> 00:15:02,484
Mereka kata Sweyn Forkbeard
akan menggantung Olaf.

143
00:15:03,736 --> 00:15:06,363
Menggantung, tradisi orang Inggeris.

144
00:15:08,824 --> 00:15:10,159
Patutnya darah helang.

145
00:15:11,118 --> 00:15:12,995
Itu cara betul hukuman Viking.

146
00:15:15,915 --> 00:15:20,628
Namun, banyak cara lama
yang semakin hilang.

147
00:15:22,046 --> 00:15:22,880
Pergi.

148
00:15:33,307 --> 00:15:34,850
Awak Leif Eriksson, bukan?

149
00:15:36,518 --> 00:15:37,519
Adik Freydis.

150
00:15:38,312 --> 00:15:39,563
Nama saya Jorundr.

151
00:15:41,065 --> 00:15:42,316
Minuman?

152
00:15:42,399 --> 00:15:43,317
Tidak mahu.

153
00:15:54,036 --> 00:15:56,455
Kakak awak akan datang melihat hukuman?

154
00:15:56,538 --> 00:15:57,748
Kenapa awak peduli?

155
00:15:58,374 --> 00:16:01,919
Ramai yang masih menganggapnya
anak terakhir Uppsala.

156
00:16:02,002 --> 00:16:05,965
Saya rasa tentu dia nak pastikan
penzalim Kristian, Olaf Haraldsson,

157
00:16:06,048 --> 00:16:07,633
terima balasannya.

158
00:16:09,551 --> 00:16:10,970
Dia akan terima balasannya.

159
00:17:08,527 --> 00:17:12,906
Tiada yang beta benci
lebih daripada pengkhianat.

160
00:17:15,159 --> 00:17:18,454
Awak, Olaf Haraldsson…

161
00:17:21,081 --> 00:17:22,332
seorang pengkhianat.

162
00:17:22,416 --> 00:17:23,333
Tidak.

163
00:17:25,044 --> 00:17:27,629
Canute mengkhianati patik

164
00:17:28,797 --> 00:17:32,259
dan menjanjikan hak milik patik
kepada adik patik!

165
00:17:32,342 --> 00:17:34,344
Ia memang hak patik.

166
00:17:34,428 --> 00:17:36,138
Awak tak ada hak.

167
00:17:36,221 --> 00:17:38,849
Norway memang bukan milik awak,

168
00:17:40,726 --> 00:17:42,478
tapi awak bina tentera diam-diam.

169
00:17:44,313 --> 00:17:48,525
Bersekongkol dengan yang lain
untuk merampas kerajaan anak beta.

170
00:17:52,029 --> 00:17:53,280
Beta patut bunuh awak.

171
00:17:53,363 --> 00:17:57,284
Bunuhlah patik!

172
00:17:58,535 --> 00:18:00,621
Berhentilah berkhutbah.

173
00:18:03,290 --> 00:18:04,875
Beta tak nak bunuh awak.

174
00:18:05,751 --> 00:18:06,877
Beta ada rancangan.

175
00:18:09,713 --> 00:18:10,798
Tidak!

176
00:18:21,850 --> 00:18:25,395
Canute sedang berperang
di Denmark dan beta perlu sertainya.

177
00:18:27,773 --> 00:18:29,775
Beta nak tabalkan cucu beta, Svein,

178
00:18:31,276 --> 00:18:32,486
sebagai Raja Norway.

179
00:18:33,237 --> 00:18:34,154
Svein?

180
00:18:38,200 --> 00:18:41,703
Dia tak akan bertahan sebulan
sebelum jarl membunuhnya.

181
00:18:41,787 --> 00:18:43,622
Tidak akan.

182
00:18:46,166 --> 00:18:47,960
Sebab awak akan lindunginya.

183
00:18:48,043 --> 00:18:51,839
Jika tuanku fikir
patik akan lindungi budak itu

184
00:18:51,922 --> 00:18:54,967
untuk selamatkan nyawa patik,
tuanku memang bodoh.

185
00:18:55,050 --> 00:18:56,885
Patik lebih rela mati.

186
00:18:57,469 --> 00:18:58,637
Ya, beta tahu.

187
00:19:00,013 --> 00:19:02,683
Kecuali bukan nyawa awak
yang diselamatkan.

188
00:19:09,398 --> 00:19:10,607
Ayah.

189
00:19:12,526 --> 00:19:13,777
Tunggu!

190
00:19:16,155 --> 00:19:16,989
Magnus!

191
00:19:30,419 --> 00:19:31,336
Ini tawaran beta.

192
00:19:32,671 --> 00:19:37,009
Lindungi cucu beta, ajar dia menjadi raja,

193
00:19:37,092 --> 00:19:38,594
seorang lelaki Viking,

194
00:19:39,178 --> 00:19:42,097
lindungi dia daripada musuh
seperti anak awak sendiri,

195
00:19:44,433 --> 00:19:45,976
dan beta akan buat yang sama.

196
00:19:48,562 --> 00:19:49,730
Jika awak lakukannya,

197
00:19:50,772 --> 00:19:53,358
beta janji apabila tiba masanya,

198
00:19:55,152 --> 00:19:56,486
mahkota Norway,

199
00:19:57,946 --> 00:19:59,698
walaupun bukan lagi milik awak,

200
00:20:01,325 --> 00:20:02,367
akan jadi miliknya.

201
00:20:06,872 --> 00:20:07,706
Tapi…

202
00:20:09,583 --> 00:20:13,837
jika apa-apa berlaku kepada Svein…

203
00:20:23,013 --> 00:20:24,223
Bolehkah awak berjanji?

204
00:20:43,408 --> 00:20:44,243
Tuanku.

205
00:20:44,326 --> 00:20:48,288
- Patik dah lakukannya.
- Untuk kepentingan diri kamu.

206
00:20:48,372 --> 00:20:50,624
Ia hak patik sebagai isteri.

207
00:20:50,707 --> 00:20:53,210
Kamu ancam kerajaan anak beta!

208
00:20:53,293 --> 00:20:56,046
Lebih teruk lagi, kamu khianati beta!

209
00:20:57,422 --> 00:20:59,007
Kamu patut dibunuh.

210
00:21:04,429 --> 00:21:05,305
Sebaliknya…

211
00:21:09,059 --> 00:21:10,811
ini rumah baharu kamu.

212
00:21:11,561 --> 00:21:13,981
Di sini? Di Kattegat?

213
00:21:14,064 --> 00:21:18,277
Ya, di Kattegat! Kenapa kamu fikir
beta bawa kamu ke sini?

214
00:21:19,152 --> 00:21:21,154
Untuk bawa balik anak patik ke Jelling.

215
00:21:21,738 --> 00:21:22,656
Beta ada rancangan.

216
00:21:25,409 --> 00:21:27,703
Tuanku bawa patik ke pinggir bumi!

217
00:21:28,829 --> 00:21:30,122
Aelfgifu!

218
00:21:30,205 --> 00:21:32,708
Bersyukurlah kamu masih hidup!

219
00:21:35,627 --> 00:21:37,462
Rakyat Kattegat!

220
00:21:38,088 --> 00:21:40,215
Beta memanggil kamu untuk mengisytiharkan

221
00:21:40,299 --> 00:21:43,010
yang cucu beta, Svein Knutsson,

222
00:21:43,093 --> 00:21:45,762
akan menjadi Raja Norway yang baharu!

223
00:21:49,516 --> 00:21:51,935
Ibunya,

224
00:21:52,728 --> 00:21:54,730
Ratu Aelfgifu dari Denmark

225
00:21:54,813 --> 00:21:58,233
akan kekal di Kattegat sebagai pemangku.

226
00:21:59,401 --> 00:22:05,615
Untuk memastikan
Kattegat selamat dan dilindungi,

227
00:22:06,533 --> 00:22:10,954
saya jadikan Jarl Olaf Haraldsson,

228
00:22:11,038 --> 00:22:12,664
yang dulunya musuh,

229
00:22:12,748 --> 00:22:15,667
tapi sekarang kawan beta,
sebagai pelindung raja.

230
00:22:16,501 --> 00:22:17,919
Pulanglah! Pengkhianat!

231
00:22:18,003 --> 00:22:20,797
Tiada hukuman hari ini.

232
00:22:30,974 --> 00:22:32,476
Terima kasih, Raja Forkbeard.

233
00:22:35,103 --> 00:22:35,937
Kecewa?

234
00:22:36,605 --> 00:22:38,607
Ya!

235
00:22:38,690 --> 00:22:40,817
Jadi, kita perlu mengubahnya.

236
00:22:56,416 --> 00:22:57,292
Kawan-kawan!

237
00:22:57,876 --> 00:23:01,380
Kattegat dalam bahaya
daripada sekutu lama.

238
00:23:02,547 --> 00:23:04,466
Adik saya, Harald Sigurdsson,

239
00:23:05,967 --> 00:23:09,346
percaya yang dia Raja Norway yang layak

240
00:23:10,222 --> 00:23:12,808
dan telah yakinkan ahli sihir kafir,

241
00:23:12,891 --> 00:23:15,936
Freydis Eriksdotter,
untuk menyokong usahanya.

242
00:23:16,019 --> 00:23:18,271
Sekarang, mereka

243
00:23:18,355 --> 00:23:22,859
mengembangkan tentera kafir
untuk membunuh orang Kristian

244
00:23:22,943 --> 00:23:25,195
dan menuju ke Kattegat!

245
00:23:25,278 --> 00:23:27,989
Tapi saya tak akan benarkan ia berlaku.

246
00:23:28,073 --> 00:23:29,783
Apa awak akan buat?

247
00:23:32,327 --> 00:23:35,414
Peti ini dan dua lagi

248
00:23:35,497 --> 00:23:38,792
adalah untuk lelaki atau keluarga
yang bawa kepala mereka!

249
00:24:08,363 --> 00:24:09,197
Cepat.

250
00:24:13,410 --> 00:24:14,828
Mak, itu dia.

251
00:24:15,704 --> 00:24:16,580
Dia orangnya.

252
00:24:17,289 --> 00:24:18,206
Lihat?

253
00:24:19,082 --> 00:24:21,334
Kita perlu pergi. Ayuh.

254
00:24:45,650 --> 00:24:47,611
- Pergi ke pantai.
- Kami nak keluar.

255
00:24:47,694 --> 00:24:48,820
Mereka ke mana?

256
00:24:50,822 --> 00:24:53,366
- Selepas bayar, awak boleh pergi.
- Memang dia!

257
00:24:54,910 --> 00:24:56,244
Awak dia, bukan?

258
00:24:59,789 --> 00:25:01,750
- Siapa?
- Awak Freydis!

259
00:25:01,833 --> 00:25:03,668
Pelindung Kepercayaan, bukan?

260
00:25:06,421 --> 00:25:08,006
Saya tak faham maksud awak.

261
00:25:08,089 --> 00:25:11,009
Tapi saya nampak
ujian pahlawan awak di Kattegat.

262
00:25:12,677 --> 00:25:13,887
Saya cam pedang awak.

263
00:25:15,764 --> 00:25:17,766
Awak datang untuk membantu, bukan?

264
00:25:25,607 --> 00:25:26,733
Tidak.

265
00:25:28,652 --> 00:25:30,362
Maaf, tapi awak silap.

266
00:25:32,948 --> 00:25:34,741
Kita perlu naik bot cepat.

267
00:25:34,824 --> 00:25:35,825
Kamu nak ke mana?

268
00:25:36,493 --> 00:25:39,746
Kampung kami dimusnahkan
oleh Kåre sebelum Kattegat jatuh.

269
00:25:40,622 --> 00:25:43,208
Jarl Kristian tak benarkan
kami bina rumah.

270
00:25:44,000 --> 00:25:46,002
Kami akan mencari rumah baharu.

271
00:25:46,503 --> 00:25:48,338
Tapi bot itu tak selamat.

272
00:25:48,421 --> 00:25:50,674
Jika ada ribut, kamu akan lemas di laut.

273
00:25:50,757 --> 00:25:52,884
Kami dengar ada kapal menunggu kami.

274
00:25:52,968 --> 00:25:54,094
Ia bawa kamu ke mana?

275
00:25:54,594 --> 00:25:56,805
Ke Uppsala baharu di seberang lautan.

276
00:25:57,764 --> 00:25:59,015
Namanya Jomsborg.

277
00:25:59,766 --> 00:26:01,643
- Tiga syiling.
- Kami perlu pergi.

278
00:26:01,726 --> 00:26:04,187
Kamu perlu pergi atau akan terlepas ombak.

279
00:26:04,271 --> 00:26:05,105
Terima kasih.

280
00:26:10,735 --> 00:26:12,279
Ada ruang untuk dua lagi!

281
00:26:15,073 --> 00:26:16,950
Di dalam bot. Masuk.

282
00:27:14,382 --> 00:27:15,216
Amin.

283
00:27:19,429 --> 00:27:22,849
Jangan sentuh roti itu, tuanku.
Ia diracuni. Tangkap dia!

284
00:27:27,687 --> 00:27:29,272
- Halang dia!
- Berhenti!

285
00:27:30,106 --> 00:27:31,232
Tangkap lelaki itu!

286
00:27:31,316 --> 00:27:32,984
Tangkap dia! Jangan terlepas.

287
00:27:36,196 --> 00:27:37,030
Halang dia!

288
00:27:39,157 --> 00:27:40,617
- Tangkap dia!
- Hentikan dia!

289
00:27:52,295 --> 00:27:53,213
Hentikan dia!

290
00:27:55,048 --> 00:27:56,049
Tangkap dia!

291
00:28:02,138 --> 00:28:03,014
Arah sini!

292
00:28:03,598 --> 00:28:04,516
Di mana dia?

293
00:28:05,183 --> 00:28:06,017
Di mana?

294
00:28:09,479 --> 00:28:10,689
Di bawah sana! Ayuh!

295
00:28:30,333 --> 00:28:31,543
Kurung dia.

296
00:28:58,319 --> 00:28:59,237
Saya nampak mereka.

297
00:29:00,655 --> 00:29:02,073
Awak pasti mereka?

298
00:29:02,657 --> 00:29:04,701
Saya lawan Putera Harald di London.

299
00:29:04,784 --> 00:29:05,910
Saya kenal dia,

300
00:29:05,994 --> 00:29:09,247
orang memanggil wanita itu
Pelindung Kepercayaan.

301
00:29:10,415 --> 00:29:11,750
Mereka di mana?

302
00:29:11,833 --> 00:29:15,670
Tidak. Tapi saya boleh bawa awak
ke sana dengan bayaran.

303
00:30:18,483 --> 00:30:20,735
Awak tak mampu bantu mereka.

304
00:30:22,695 --> 00:30:24,739
Patik tak boleh jadi diri patik.

305
00:30:29,702 --> 00:30:32,080
Mereka minta bimbingan, tapi sebaliknya…

306
00:30:35,250 --> 00:30:36,417
patik berikan keraguan.

307
00:30:38,503 --> 00:30:41,422
Patik sepatutnya Pelindung Kepercayaan.

308
00:30:48,596 --> 00:30:49,597
Suatu hari nanti…

309
00:30:51,975 --> 00:30:53,184
ia tak begitu lagi.

310
00:31:04,195 --> 00:31:05,446
Selamat jalan.

311
00:31:09,993 --> 00:31:10,869
Satu lagi.

312
00:31:10,952 --> 00:31:11,953
Masa untuk pergi.

313
00:31:12,996 --> 00:31:13,830
Jadi budak baik.

314
00:31:15,790 --> 00:31:16,666
Pergilah duduk.

315
00:31:24,924 --> 00:31:26,092
Buat ayah kamu bangga.

316
00:31:27,051 --> 00:31:28,344
Buat datuk bangga.

317
00:31:28,428 --> 00:31:29,721
Ya, datuk.

318
00:31:33,182 --> 00:31:34,225
Percayalah Jarl Olaf.

319
00:31:35,226 --> 00:31:37,979
Dia akan lindungi kamu
sehingga kami pulang.

320
00:31:39,647 --> 00:31:40,690
Baiklah.

321
00:31:40,773 --> 00:31:41,608
Bagus.

322
00:31:54,537 --> 00:31:55,788
Beta akan pegang janji.

323
00:31:55,872 --> 00:31:56,915
Patik pun begitu.

324
00:32:27,570 --> 00:32:28,821
Tuanku percaya Olaf?

325
00:32:31,157 --> 00:32:32,825
Beta tak perlu percaya dia.

326
00:32:33,576 --> 00:32:34,786
Dia yang perlu percaya.

327
00:32:37,330 --> 00:32:39,165
Beta tak patut ikut nasihat awak.

328
00:32:40,583 --> 00:32:43,044
Tuanku dengar cita-cita tuanku,
bukan patik.

329
00:32:45,588 --> 00:32:49,384
Jika ada idea lain tentang kuasa,
simpanlah sendiri.

330
00:32:49,884 --> 00:32:51,928
Tuanku berkuasa di sini, Aelfgifu.

331
00:32:53,221 --> 00:32:55,556
Tuanku pemangku raja di tanah hebat.

332
00:32:56,140 --> 00:32:58,768
Sehingga kami dibunuh oleh jarl.

333
00:32:59,352 --> 00:33:02,647
Ia tak akan berlaku. Percayalah.

334
00:33:02,730 --> 00:33:03,606
Percaya awak?

335
00:33:04,857 --> 00:33:07,110
Tidak.

336
00:33:08,194 --> 00:33:09,278
Kita akan lihat.

337
00:33:14,367 --> 00:33:15,284
Olaf!

338
00:33:16,202 --> 00:33:17,078
Ada apa?

339
00:33:17,662 --> 00:33:19,998
Kita ada lokasi Putera Harald.

340
00:33:20,081 --> 00:33:21,749
Dia sedang diburu.

341
00:33:23,126 --> 00:33:26,045
Bersedia untuk mengekori.
Sediakan tentera kita.

342
00:33:27,005 --> 00:33:28,381
Tuanku.

343
00:33:30,717 --> 00:33:32,593
Sedia untuk pelajaran pertama?

344
00:33:34,345 --> 00:33:37,765
Bagus. Patik janji
tuanku tak akan lupakannya.

345
00:34:08,963 --> 00:34:12,300
Pergi!

346
00:35:04,018 --> 00:35:05,144
Leif!

347
00:35:05,728 --> 00:35:07,438
- Apa ini?
- Mereka memburu kamu.

348
00:35:08,022 --> 00:35:08,856
Kita perlu pergi.

349
00:35:08,940 --> 00:35:10,316
Olaf tak jauh.

350
00:35:11,859 --> 00:35:13,903
Ayuh. Kita perlu pergi dari sini.

351
00:35:14,737 --> 00:35:15,571
Ayuh.

352
00:35:18,533 --> 00:35:20,284
Kenapa tuanku ke Kattegat?

353
00:35:22,078 --> 00:35:25,581
Untuk berjumpa Forkbeard
dan sampaikan janji Canute.

354
00:35:26,374 --> 00:35:29,001
Dah terlambat.
Forkbeard dah tinggalkan Kattegat

355
00:35:29,085 --> 00:35:31,003
dan jadikan cucunya Raja Norway.

356
00:35:31,587 --> 00:35:34,382
Svein? Anak Canute?

357
00:35:34,465 --> 00:35:37,510
Ya, dan jadikan Olaf pelindungnya.

358
00:35:38,511 --> 00:35:41,722
Kenapa kita ke sini?
Beta perlu berjumpa abang beta.

359
00:35:41,806 --> 00:35:44,392
Harald, lelaki itu ialah pemburu hadiah.

360
00:35:44,475 --> 00:35:47,061
Olaf berikan ganjaran untuk kepala kamu.

361
00:35:48,563 --> 00:35:51,691
Tuanku tak selamat.
Kita perlu terus bergerak.

362
00:36:10,376 --> 00:36:12,837
Masih panas! Mereka tak jauh.

363
00:36:18,426 --> 00:36:20,595
Dua jejak bertemu di sini.

364
00:36:21,888 --> 00:36:25,641
Seorang telah menyertai mereka
dan menuju ke sana.

365
00:36:26,809 --> 00:36:28,352
Mereka menuju ke pantai.

366
00:36:29,395 --> 00:36:30,354
Ayuh!

367
00:36:35,484 --> 00:36:36,319
Masuk.

368
00:36:39,780 --> 00:36:41,115
Maafkan patik, tuanku.

369
00:36:41,782 --> 00:36:44,035
Adakah tuanku nak apa-apa?

370
00:36:44,118 --> 00:36:46,329
Apa yang kita tahu tentang pembunuh?

371
00:36:47,079 --> 00:36:48,998
Tak banyak, tapi kita akan tahu.

372
00:36:51,083 --> 00:36:54,670
Patik dah tambahkan pengawal
untuk keselamatan tuanku.

373
00:36:56,297 --> 00:36:57,715
Terima kasih, Earl Godwin.

374
00:36:57,798 --> 00:36:59,300
Ya, terima kasih.

375
00:37:01,093 --> 00:37:02,803
Maaf kerana beta tak percaya.

376
00:37:04,513 --> 00:37:06,432
Suami beta pasti terhutang budi.

377
00:37:08,100 --> 00:37:09,977
Patik yang masih terhutang budi.

378
00:37:11,812 --> 00:37:12,980
Selamat malam.

379
00:37:32,416 --> 00:37:33,542
Kamu dah berubah.

380
00:37:35,836 --> 00:37:38,297
- Tiada yang berubah.
- Ya, kamu berubah.

381
00:37:42,802 --> 00:37:44,220
Pandangan mata kamu.

382
00:37:45,304 --> 00:37:46,222
Ada kedinginan.

383
00:37:47,765 --> 00:37:48,975
Kakak pernah nampak…

384
00:37:50,935 --> 00:37:54,522
dengan ayah, tapi… tak pernah dengan kamu.

385
00:37:56,190 --> 00:37:57,483
Kita ke Novgorod.

386
00:37:59,694 --> 00:38:02,613
- Novgorod? Rus?
- Ya.

387
00:38:03,948 --> 00:38:06,158
Pak Cik Yaroslav beta pemerintahnya.

388
00:38:06,242 --> 00:38:08,828
Beta akan beritahu
yang Forkbeard mungkir janji.

389
00:38:09,412 --> 00:38:10,830
Dia akan sokong beta.

390
00:38:10,913 --> 00:38:12,581
Ia perjalanan yang jauh.

391
00:38:12,665 --> 00:38:16,002
Apa pilihan yang kita ada?
Lari seumur hidup?

392
00:38:17,086 --> 00:38:20,548
Jika beta ada peluang
untuk menuntut hak beta,

393
00:38:20,631 --> 00:38:24,218
beta perlu ke Novgorod
untuk membina tentera menentang Olaf.

394
00:38:24,302 --> 00:38:25,303
Leif Eriksson!

395
00:38:30,099 --> 00:38:31,684
Tidak! Saya seorang kawan!

396
00:38:34,478 --> 00:38:37,481
Lelaki ini dari Kattegat.
Dia bertanya tentang kamu.

397
00:38:37,565 --> 00:38:39,775
- Apa awak nak?
- Saya Jorundr.

398
00:38:39,859 --> 00:38:41,777
- Tidak!
- Saya orang Jomsviking.

399
00:38:41,861 --> 00:38:43,446
- Apa itu?
- Lanun.

400
00:38:44,155 --> 00:38:46,449
- Pencuri laut.
- Kami percaya cara lama.

401
00:38:46,532 --> 00:38:47,992
Saya nak bantu,

402
00:38:48,075 --> 00:38:51,120
tapi jika kamu nak selamat,
ikut saya sekarang.

403
00:38:51,203 --> 00:38:52,872
Kami tak akan ikut awak.

404
00:38:54,790 --> 00:38:57,918
- Apa tanda ini?
- Jaring Dewa. Jaring Takdir.

405
00:38:58,002 --> 00:38:59,628
Saya pernah nampak tanda ini.

406
00:39:03,507 --> 00:39:05,468
Saya rasa ada sebab dia di sini.

407
00:39:06,719 --> 00:39:08,387
Kita tak tahu tentang dia.

408
00:39:10,181 --> 00:39:11,599
Tunjukkan jalan.

409
00:39:18,272 --> 00:39:20,608
Mereka percaya cara lama?

410
00:39:21,650 --> 00:39:25,279
Ya, pelarian yang diusir orang Kristian.

411
00:39:26,989 --> 00:39:30,451
- Jika Olaf sampai, kita terperangkap.
- Bot akan sampai dulu.

412
00:39:30,534 --> 00:39:33,037
Tiada sesiapa belayar
dalam cuaca berkabus begini.

413
00:39:33,788 --> 00:39:36,957
Kami boleh!
Kami tahu jalan kabus dan ombak di sini.

414
00:39:37,666 --> 00:39:38,584
Tunggu kami.

415
00:40:03,901 --> 00:40:05,152
Kita tak boleh tunggu.

416
00:40:05,903 --> 00:40:07,363
Ia berbahaya.

417
00:40:07,446 --> 00:40:08,989
Patik tak akan berganjak.

418
00:40:10,366 --> 00:40:12,493
Jika ini tempat terakhir patik,

419
00:40:13,702 --> 00:40:14,703
patik akur.

420
00:40:15,538 --> 00:40:16,705
Saya akan bersama kakak.

421
00:40:18,624 --> 00:40:19,625
Orang Greenland.

422
00:40:21,961 --> 00:40:23,421
Memang keras kepala.

423
00:40:27,133 --> 00:40:30,344
- Ayuh. Jangan dilihat.
- Kita perlu bersembunyi.

424
00:40:30,428 --> 00:40:32,555
- Cepat!
- Ayuh, cepat!

425
00:40:33,305 --> 00:40:34,140
- Ayuh!
- Lari.

426
00:40:47,695 --> 00:40:49,989
Semuanya baik-baik sahaja.

427
00:41:14,138 --> 00:41:15,639
Kamu berbual dengan seseorang.

428
00:41:18,976 --> 00:41:19,977
Adakah ia Liv?

429
00:41:21,729 --> 00:41:22,563
Ya.

430
00:41:24,857 --> 00:41:26,108
Tepat jangkaan kakak.

431
00:41:29,528 --> 00:41:30,696
Apa dia beritahu kamu?

432
00:41:31,739 --> 00:41:33,782
Dia minta saya lepaskan kemarahan.

433
00:41:38,621 --> 00:41:42,625
Ya, dia memang begitu.

434
00:41:45,461 --> 00:41:49,173
Kenapa dia di sini
dengan kamu dan bukan di Valhalla?

435
00:41:50,591 --> 00:41:51,634
Sebab…

436
00:41:53,969 --> 00:41:58,724
semasa dia nazak,
dia janji untuk bertemu saya di sana.

437
00:42:01,018 --> 00:42:02,019
Saya tak boleh.

438
00:42:06,732 --> 00:42:07,816
Kenapa tidak?

439
00:42:09,235 --> 00:42:11,111
Saya dah tak percaya, kakak.

440
00:42:25,125 --> 00:42:29,797
Mungkin bukan Liv yang tak lepaskan kamu,

441
00:42:31,966 --> 00:42:34,760
tapi kamu yang tak lepaskan dia.

442
00:42:45,271 --> 00:42:46,355
Sekarang…

443
00:42:48,399 --> 00:42:50,442
kakak nak beritahu kamu sesuatu.

444
00:42:53,320 --> 00:42:54,572
Kakak mengandung.

445
00:42:57,950 --> 00:42:58,867
Harald tahu?

446
00:42:58,951 --> 00:42:59,785
Tidak.

447
00:43:01,954 --> 00:43:03,455
Kamu perlu berjanji…

448
00:43:05,583 --> 00:43:08,877
- Janji jangan beritahu dia.
- Kenapa tidak?

449
00:43:08,961 --> 00:43:10,796
Kakak tak boleh ada anak

450
00:43:12,423 --> 00:43:15,342
yang akan menjadi
pemerintah kerajaan Kristian.

451
00:43:16,719 --> 00:43:18,387
Harald akan jadikannya raja?

452
00:43:20,389 --> 00:43:21,223
Tidak.

453
00:43:24,351 --> 00:43:25,769
Kakak tak akan benarkan.

454
00:43:43,370 --> 00:43:45,372
Tuanku berfikir tentang abang tuanku.

455
00:43:47,666 --> 00:43:48,542
Abang tiri.

456
00:43:52,963 --> 00:43:54,923
Kenapa beta rasa dikhianati?

457
00:43:56,800 --> 00:43:57,968
Beta khianati dia.

458
00:44:00,929 --> 00:44:02,431
Namun, ia sukar,

459
00:44:04,433 --> 00:44:05,976
tinggalkan Norway begini.

460
00:44:08,312 --> 00:44:12,608
Takdir yang beta fikir milik beta.

461
00:44:14,526 --> 00:44:18,906
Tuanku pergi, tapi tak menyerah.

462
00:44:18,989 --> 00:44:22,284
Patik tahu tuanku akan jadi
raja negara ini suatu hari nanti.

463
00:44:23,535 --> 00:44:25,120
Ia takdir tuanku.

464
00:44:39,551 --> 00:44:40,886
Tapi bukan takdir patik.

465
00:44:58,070 --> 00:44:58,904
Beta tahu.

466
00:45:10,332 --> 00:45:12,292
Patik juga tak sesuai menjadi ratu.

467
00:45:15,295 --> 00:45:16,380
Beta tak setuju.

468
00:45:19,174 --> 00:45:20,759
Kamu seorang ratu yang hebat.

469
00:45:23,387 --> 00:45:26,014
Beta nampak pada mata rakyat
apabila dengan kamu.

470
00:45:29,643 --> 00:45:31,186
Patik tak faham sebabnya.

471
00:45:34,940 --> 00:45:35,774
Beta faham.

472
00:45:41,029 --> 00:45:42,406
Ia satu kurnia.

473
00:46:05,220 --> 00:46:06,430
Kami menjumpai mereka.

474
00:46:15,105 --> 00:46:19,026
- Mereka datang.
- Pantai! Lari! Pergi.

475
00:46:19,693 --> 00:46:21,612
- Pergi!
- Jalan lurus!

476
00:46:22,279 --> 00:46:23,906
Ke pantai! Jalan lurus! Cepat!

477
00:46:25,240 --> 00:46:26,325
Cepat!

478
00:46:27,159 --> 00:46:30,329
Lari! Jalan lurus!

479
00:46:31,872 --> 00:46:32,956
Teruskan berjalan!

480
00:46:33,874 --> 00:46:34,833
Tiada jalan keluar!

481
00:46:37,753 --> 00:46:38,754
Dah tak boleh lari!

482
00:46:55,020 --> 00:46:55,979
Tanpa belas kasihan!

483
00:47:23,966 --> 00:47:25,467
Bunuh mereka semua!

484
00:47:55,581 --> 00:47:57,374
- Ke bot!
- Ke bot!

485
00:48:00,294 --> 00:48:03,380
Masuk! Pergi! Tolak!

486
00:48:03,463 --> 00:48:04,548
Tolak!

487
00:48:04,631 --> 00:48:06,258
Tidak!

488
00:48:10,429 --> 00:48:12,055
Lihat ia terbakar!

489
00:48:52,804 --> 00:48:54,806
Kami datang untuk awak, Freydis.

490
00:48:58,143 --> 00:49:00,520
Sertai kami di Jomsborg.

491
00:49:04,524 --> 00:49:05,525
Kita berjaya.

492
00:49:34,012 --> 00:49:35,097
Jumpa lagi, adik.

493
00:49:36,264 --> 00:49:38,266
Kakak sangat menyayangi kamu.

494
00:49:39,434 --> 00:49:40,560
Begitu juga saya.

495
00:50:20,767 --> 00:50:22,019
Novgorod berada di timur.

496
00:50:26,523 --> 00:50:29,985
Patik tak berniat mendayung seorang diri.

497
00:50:30,068 --> 00:50:31,028
Kenapa tidak?

498
00:50:32,446 --> 00:50:35,282
Beta sangka
orang Greenland pendayung hebat.

499
00:50:35,365 --> 00:50:38,577
Boleh, tapi kami perlukan kawan.

500
00:50:54,885 --> 00:50:57,763
Ayuh. Dayunglah kuat sedikit.

501
00:52:33,650 --> 00:52:38,655
Terjemahan sari kata oleh Auddra Clarence

